January 11, 2009

Hari ke-15 serangan, jumlah kematian di Gaza 811 orang


Ahad ,11/01/2009 - Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.

Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.

Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.

1 comments:

Anem Arnamee on 13 January 2009 at 06:43 said...

Salam ziarah.

huhu.jumlah tersebut akan terus meningkat..so sad...=(

 

..:Cha-Pik Zai-B-D:.. Copyright © 2008 D'Black by Chapik Bidi